
Pelbagai jenis perubahan / pembangunan telah berlaku dalam kehidupan harian kita. Dahulu dan kini banyak bezanya. Begitu juga dengan pendidikan. Jika dahulu kita menerima pendidikan dengan pengajaran di sekolah sahaja. Tugasan mengajar anak-anak diserahkan 100% kepada tanggungjawab guru. Ini berlaku kerana kebanyakan ibubapa pada masa tersebut kurang/tidak tahu tentang pendidikan. Mungkin juga ada ibu bapa yang buta huruf. Maka tanggugjawab mengajar anak-anak diserahkan kepada guru. Ibubapa hanya mengeluarkan belanja untuk pendidikan anak-anak. Kaedah menggunakan buku sangat praktikal pada masa tersebut. Pelajar yang tidak mempunyai buku seperti yang disarankan oleh guru akan sedikit ketinggalan daripada pelajar lain. Pentingnya buku pada masa itu. Banyak buku rujukan / latihan yang terdapt dipasaran. Pelajar dan ibu bapa hanya perlu bijak memilih buku yang berkualiti sahaja.
Semakin banyak perubahan berlaku. Ibubapa juga semakin bijak menguruskan pendidikan anak-anak mereka. Ramai ibubapa yang sedar kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka bagi menempuhi cabaran hidup yang semakin sengit. Ibubapa mengambil pendekatan lain bagi memajukan lagi tahap/ taraf pendidikan anak-anak mereka dengan mengambil kelas pembelajaran tambahan untuk anak-anak. Pembelajaran dan pengajaran disekolah dirasakan tidak mencukupi untuk anak-anak mereka bersaing mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Maka pada masa tersebut banyak wujud pusat-pusat tuisyen. Pelajar yang mempunyai ibubapa yang berkemampuan menghantar mereka ke kelas tuisyen dilihat lebih cemerlang dalam akademik berbanding mereka yang tidak berkemampuan. Ini kerana mereka lebih terdedah kepada pelbagai bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berlainan yang mungkin lebih menarik minat mereka untuk belajar di sana berbanding dengan di sekolah.

No comments:
Post a Comment