>

Saturday, April 24, 2010

Kem Bestari Solat



Alhamdulillah..
Kem Bestari Solat yang pertama telah selamat dijalankan selama 6 hari bermula 14hb hingga 16hb April 2010 dan bersambung pada 21hb hingga 23hb April 2010. Keletihan memang terasa tapi dalam masa yang sama saya masih boleh tersenyum puas kerana kem ini berjaya dilaksanakan walaupun ia lewat sedikit daripada jadual yang asal.




bermula dengan Tahun 1 pada minggu yang lepas, pelbagai ragam dapat dilihat sepanjang kem ini berlangsung. Murid-murid bersungguh-sungguh melakukan amali solat seperti yang diarahkan oleh guru. Ada yang tidak faham dengan arahan, ada yang tidak tahu bagaimana nak rukuk dan sujud, ada yang seperti cacing kepanasan duduk di dalam surau dan macam-macam lagi ragam murid-murid Ulu Yam Bharu ini. Al maklumla, surau kecil dan murid-murid ramai membuatkan surau agak sempit dan terpaksa berhimpit sedikit. semua itu mengajar erti kesabaran yang tinggi buat anak murid kita untuk melakukan ibadah..

Banyak pengalaman pahit manis sepanjang kem ini berlangsung. Ada murid yang suka dan ada murid yang tidak suka dengan kem ini. ada juga yang suka kerana lain, kerana video-video yang ditayangkan tapi bila bab amali solat di surau ini mereka seperti keli yang liat putus nyawanya..hem..macam-macam ragam la....ini baru kem yang pertama, belum lagi kem yang kedua dan seterusnya. Tak tau la apa yang bakal terjadi pada kem yang akan datang.



Ini lah dia gaya murid-murid tahun satu yang baru berjinak-jinak dengan amali solat ini. Susah juga nak bentukkan dengan cara yang betul. Namun guru-guru tak berputus asa. Guru akan melakukan yang terbaik buat anak muridnya sehinggan mereka dapat melakukan dengan betul.


Gaya seorang ustazah dan cikgu membetulkan kedudukan solat murid. Huh..berpeluh-peluh juga yer....

Saturday, March 20, 2010

Revolusi Dalam Pendidikan





Pelbagai jenis perubahan / pembangunan telah berlaku dalam kehidupan harian kita. Dahulu dan kini banyak bezanya. Begitu juga dengan pendidikan. Jika dahulu kita menerima pendidikan dengan pengajaran di sekolah sahaja. Tugasan mengajar anak-anak diserahkan 100% kepada tanggungjawab guru. Ini berlaku kerana kebanyakan ibubapa pada masa tersebut kurang/tidak tahu tentang pendidikan. Mungkin juga ada ibu bapa yang buta huruf. Maka tanggugjawab mengajar anak-anak diserahkan kepada guru. Ibubapa hanya mengeluarkan belanja untuk pendidikan anak-anak. Kaedah menggunakan buku sangat praktikal pada masa tersebut. Pelajar yang tidak mempunyai buku seperti yang disarankan oleh guru akan sedikit ketinggalan daripada pelajar lain. Pentingnya buku pada masa itu. Banyak buku rujukan / latihan yang terdapt dipasaran. Pelajar dan ibu bapa hanya perlu bijak memilih buku yang berkualiti sahaja.
Semakin banyak perubahan berlaku. Ibubapa juga semakin bijak menguruskan pendidikan anak-anak mereka. Ramai ibubapa yang sedar kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka bagi menempuhi cabaran hidup yang semakin sengit. Ibubapa mengambil pendekatan lain bagi memajukan lagi tahap/ taraf pendidikan anak-anak mereka dengan mengambil kelas pembelajaran tambahan untuk anak-anak. Pembelajaran dan pengajaran disekolah dirasakan tidak mencukupi untuk anak-anak mereka bersaing mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Maka pada masa tersebut banyak wujud pusat-pusat tuisyen. Pelajar yang mempunyai ibubapa yang berkemampuan menghantar mereka ke kelas tuisyen dilihat lebih cemerlang dalam akademik berbanding mereka yang tidak berkemampuan. Ini kerana mereka lebih terdedah kepada pelbagai bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berlainan yang mungkin lebih menarik minat mereka untuk belajar di sana berbanding dengan di sekolah.

Saturday, February 20, 2010

Pendidikan Silam dan Masa Kini

Mari kita besama meneladani kisah sejarah yang lampau…kerana dengan sejarahlah kita mampu bergerak lebih maju ke hadapan dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang lampau. Namun pada masa kini, kita kurang membaca sejarah lalu menyebabkan kita menghasilkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh generasi sebelum kita lagi.

Maka, ingin ana gugahi kita semua dengan kisah di bawah…..kisah Sultan Muhammad Al-Fateh semasa kecil dahulu..

Semasa kecil, gurunya bertanya, “Siapakah yang akan membuka Constantinople? Sultan Muhammad Al-Fateh tidak tahu jawapannya. Lalu gurunya menjawab, “KAMULAH ORANGNYA…”Sejak itu beliau menanam cita-cita untuk membuka kota itu..sehingga pada akhirnya beliau berjaya membuka Constantinople pada waktu umur yang muda yakni pada umur 19 tahun….setelah generasi sahabat-sahabat Rasulullah yang terdahulu gagal mendapatkannya. Para sahabat berebut-rebut untuk membuka kota ini kerana mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang membuka Kota Rom Timur dan Barat (Kota Constantinople) maka panglimanya adalah panglima yang terbaik dan bala tentera yang mengikutinya adalah bala tentera yang terbaik” Di sini dapat kita melihat pendidikan yang Rasulullah berikan kepada para Sahabatnya dan seluruh umat Islam melalui cita-cita yang tinggi bukan cita-cita yang bertaraf picisan sahaja.

Tujuan saya menceritakan kisah ini bukanlah sekadar untuk dijadikan pengetahuan sahaja tetapi untuk menunjukkan betapa berbezanya pendidikan yang berlaku pada hari ini dengan pendidikan zaman yang silam, yang telah melahirkan orang-orang yang hebat seperti Musab bin Umair, Ali bin Abi Talib, Sultan Muhd Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi dan lain-lain yang tidak mampu disebutkan semuanya di sini….

Namun berbeza pula pada hari ini…pendidikan di Malaysia khususnya (sbb saya tinggal di Malaysia dan pernah mengalami situasi ini semasa belajar dulu). Rata-rata ibu-bapa atau guru-guru..sering memberi pendidikan begini… ,“ina…belajar rajin-rajin kalau tidak nanti tak lulus periksa (UPSR,PMR,SPM, STAM dan yang sewaktu dengannya) sbb nanti susah nak masuk U, susah nak dapat keja dll…dengan mengharapkan anak-anak kita bakal membangunkan Islam pada suatu hari nanti…Dengan pernyataan ini yang sering diulang-ulang berbanyak kali telah menyebabkan anak-anak kita mempunyai cita-cita atau impian yang kecil…iaitu sekadar lulus dalam peperiksaan yang dinyatakan tadi…lalu menyebabkan anak-anak yang kita harapkan tadi untuk membangunkan Islam sekadar mampu menujukkan kejayaan dalam peperiksaan sahaja.

Selayaknya dinyatakan begini, “zurina..BELAJAR RAJIN-RAJIN KERANA KAMU YANG AKAN MEMBANGUNKAN ISLAM NANTI!! atau SIAPA YANG AKAN BEBASKAN PALESTIN KALAU KAMU MALAS BEGINI atau SIAPA YANG AKAN BEBASKAN PALESTIN?KAMULAH ORANGNYA!!! (Boleh dipelbagaikan lagi mengikut kreativiti masing2)

Jadi ingin disyorkan kepada semua ibu-bapa dan guru-guru tidak kiralah bakal ibu-bapa ke, bakal guru ke…dengan lebih mudah semua umat Islam…Didiklah diri anda dan setiap orang yang anda kenal dengan impian-impian yang hebat kerana dengan impian yang hebatlah akan menghasilkan orang-orang yang hebat juga…Ceritakan juga kisah-kisah hebat para sahabat dan tabiin supaya mereka ada contoh untuk diidolakan..bukannya Batman, KeluangMan, CicakMan dan Man-Man yang lain lagi yang Cuma menggunakan kemahiran teknologi yang ada untuk menipu anak-anak kita…

Jadi di sini, ingin juga diri ini mempraktikkan apa yang ditulis…dengan menyatakan persoalan, “SIAPAKAH YANG AKAN MELAHIRKAN GENERASI SEPERTI SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH,SALAHUDDIN AL-AYUBI, ALI BIN ABI TALIB DAN YANG SETARAF DENGANNYA PADA ZAMAN INI? PASTIKAN KITA!!” tidak lupa juga ”SIAPAKAH YANG AKAN MEMBEBASKAN PALESTIN DAN MEMBANGUNKAN ISLAM KEMBALI DI MATA DUNIA? ANDALAH ORANGNYA!!

Saturday, January 23, 2010

SKUYB...Sekolah Kita...

Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu itulah nama diberi..sekolah ini telah lama didirikan untuk mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna pada agama bangsa dan negara..
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat lah saya menjejakkan kaki ke bumi Ulu Yam Bharu ini..