>

Saturday, April 24, 2010

Kem Bestari Solat



Alhamdulillah..
Kem Bestari Solat yang pertama telah selamat dijalankan selama 6 hari bermula 14hb hingga 16hb April 2010 dan bersambung pada 21hb hingga 23hb April 2010. Keletihan memang terasa tapi dalam masa yang sama saya masih boleh tersenyum puas kerana kem ini berjaya dilaksanakan walaupun ia lewat sedikit daripada jadual yang asal.




bermula dengan Tahun 1 pada minggu yang lepas, pelbagai ragam dapat dilihat sepanjang kem ini berlangsung. Murid-murid bersungguh-sungguh melakukan amali solat seperti yang diarahkan oleh guru. Ada yang tidak faham dengan arahan, ada yang tidak tahu bagaimana nak rukuk dan sujud, ada yang seperti cacing kepanasan duduk di dalam surau dan macam-macam lagi ragam murid-murid Ulu Yam Bharu ini. Al maklumla, surau kecil dan murid-murid ramai membuatkan surau agak sempit dan terpaksa berhimpit sedikit. semua itu mengajar erti kesabaran yang tinggi buat anak murid kita untuk melakukan ibadah..

Banyak pengalaman pahit manis sepanjang kem ini berlangsung. Ada murid yang suka dan ada murid yang tidak suka dengan kem ini. ada juga yang suka kerana lain, kerana video-video yang ditayangkan tapi bila bab amali solat di surau ini mereka seperti keli yang liat putus nyawanya..hem..macam-macam ragam la....ini baru kem yang pertama, belum lagi kem yang kedua dan seterusnya. Tak tau la apa yang bakal terjadi pada kem yang akan datang.



Ini lah dia gaya murid-murid tahun satu yang baru berjinak-jinak dengan amali solat ini. Susah juga nak bentukkan dengan cara yang betul. Namun guru-guru tak berputus asa. Guru akan melakukan yang terbaik buat anak muridnya sehinggan mereka dapat melakukan dengan betul.


Gaya seorang ustazah dan cikgu membetulkan kedudukan solat murid. Huh..berpeluh-peluh juga yer....